google image
Ni je hotel yang murah an yang ada kat area jb, home stay pon semua mahal. Hotel ni tak silap saya ada buat promo sempena gerhana bulan... eh silap, sempena christmas lah hahaha. So hotel ni 3 stars je tapi mmg terbaik lah sbb servis semua okay. Breakfast, lunch, dinner pon ada. So kitorang bermalam disini sampai 28 december 2019 bermula dari 26.
Time 27 december hari jumaat, kami ikut bas dia buat tour lah sbb nak pergi universal studio takleh naik kereta tak silap saya sbb Singapore ni dia sempit, tak mcm Malaysia banyak parking. So time dlm bas tu sebelom gerak, tourist guide ckp takleh bawak rokok, pod, vape semua tu. Kalau rokok, takleh bawak rokok seludup. Kalau rokok mcm dunhill ke winston boleh bawak dlm 18 batang je.
phone camera
So bila tourist guide tu ckp pod takleh bawak, aku dah PENING, aku tak risau kantoi ke apa. Aku risau mak dgn bapak aku bising kat aku HAHAHA. So mak dgn bapak aku tanya banyak kali kat aku bawak ke pod tu. so aku ckp je aku tak bawak hahaha sbb malas nak dgr bebel. So dlm perjalan nak pergi CIQ ni aku pikir je mana nak simpan, sbb bas pon dia check 100%. So aku takde idea aku jalan je lah masuk CIQ.

google image
Ni dia ciq JB, kat dalam ciq ni takleh amik gambar. Sape kantoi amik gambar dalam ciq ni kena denda rm 2000. So aku amik dari google je lah. So, bagi aku Ciq JB dgn CIQ Singapore ni lah temoat paling aku benci sebab beratur panjang lagi2 time waktu org nak pergi kerja and balik kerja.
Aku tak habis lagi citer pasal pod aku, so time part nak scan badan ni semua lah paling aku cuak hahahaha. So mampos ah, aku dah betul2 pasrah an, so jalan je lah. Time dia scan aku tu, sepatutnya aku tak lepas, sbb dia jadi warna merah benda tu. Tapi aku buat tak tahu je hahahahahahha. aku cabut je terus.
So selamat lah aku dari ciq johor. Kat ciq singapore dia takde check tak silap saya. Saya pon tak ingat lah. So sape yg dia siap semua tu, dah check passport semua tu dah setel.
Kitorang pon naik lah bas pergi ke uss, so bila dah smpai uss tu, abg tu ckp dia akan amik balik pukul 7. Dia bagi warning kena punctual, sbb sini singapore bukan Malaysia.
So kami pon sampai lah kat uss, torkojut den bilo tgk ramai manusia dari satu dunia. Mat salleh punya lah ramai, pakaian dorang lagi lah hahahaha, sbb singapore ni bukan negara islam an. So dorang pakai je lah mcm mana dorang suka. Nasib baik lah saya suci, tak tengok benda2 mcm ni hahahaha.
Jadi ni lah antara gambar2 yang saya amik kat uss ni. Tapi satu benda yang saya tak berapa suka kat uss ni, beratur dia gila punya panjang. Dalam 6 jam boleh main dalam 4-5 permainan je dalam ni. Saranan saya lebih baik amik tiket premium dia lah. Walaupon mahal sikit, tapi beratur dia dalam tak lebih 20 minit pon. So boleh main banyak kali.
So bila sampai je pukul 6, kitorang pon terus lah pergi tempat parking tu, standby untuk tunggu driver tu datang. Dalam berapa minit driver bas kitorang pon sampai. So dalam berapa minit dia smpai tu, ada family still yang tak masuk lagi dalam bas. Pagi tu, abg driver tu dah ckp dah, dia tak boleh tunggu lama2 sbb sini bukan Malaysia, ini singapore. Family yang belom masuk bas lagi tu dah ada sorang anak kecik. Dalam 5 minit tunggu, family tu tak sampai lagi, bas pon terpaksa gerak. Aduh, kesian family tu, dah lah ada anak kecik lagi. Kalau pergi dengan member2 takdehal. Masalahnya pergi dgn anak kecik tu yang kesian. Nak salahkan abg tu pon takleh, sbb dia dah bagi warning awal2 dah. Terpaksa kena tinggal camtu je.
So kitorang pon gerak lah balik ke CIQ singapore, pehhh beratur dia bukan main panjang. Sbb baru habis kerja an dalam pukul 7 camtu. Mmg takleh buat apa lah. Terpaksa ah beratur panjang2. Dalam 30-40 minit jugak lah beratur. Lepas dah habis, terus gerak ke bas. Sampai balik ke jb kitorang semua dah penat. Kitorang pon singgah lah satay wak radol
Google image
Satay wak radol bagi saya one of the best satay in Malaysia lah. Rempah dia mmg kaw. Sate daging dia lembut gila. Mmg sedap ah, kalau rating daripada 10 saya bagi dalam 9.5 lah.
Jadi, tu jer buat masa ni, nantikan di entry kedua ye. okay bye


















No comments:
Post a Comment