Wednesday, 12 February 2020

Malaysia vs indonesia, bukit jalil

Malaysia lawan Indonesia ni time 19 November 2019, ni one of the best football match i have ever seen in my own eyes. Kalau boleh upload video, saya akan upload video. Tapi tulah, takut lag lak an. Saya gerak dari rumah saya awal sikit kalini sebab takut jammed. Yelah, sbb tiket habis terjual kat bukit jalil. Tiket terjual sebanyak 79000 habis dijual kot, konfem jammed nye kat highway PLUS. So saya dgn abg saya gerak pukul 3 dari port dickson.


Phone Pic

Ni lah dia tiket kami yang berharga dalam rm 30. Murah jugak lah, final piala Malaysia mahal lagi, dalam rm 50 jugak lah. Yang ni qualify Fifa world cup kot, baru dalam rm 30. Mcm aku mmg aku pergi sbb aku takde team yang aku boleh sokong memandangkan Negeri Sembilan yang power dulu skrg dah tah kemana hahaha.

Phone Pic


Phone pic

Gambar kat atas ni sekitar kawasan stadium, Lautan kuning membanjiri stadium bukit jalil. Time ni dalam pukul 4 saya sampai pon dah penuh. Jalan nak masuk bukit jalil lagi lah jammed gila start dari keluar tol sg besi..


Phone pic

Gambar kat atas ni mula2 budak2 yang duduk sebelah seat dgn indon tunjuk jari tgh dari minit first sampai dalam minit 30 lebih camtu. Pastu fans indon pon balas balik tunjuk jari hantu, pastu team malaysia pon ada yang tak puas hati. Yelah, mana tak nya, sebelum ni kat indon, fans malaysia yang datang sana kena teruk kot. Kena baling batu, air kencing semua. So fans malaysia pon mesti ada sesetengah yang nak balas dendam balik. So time tu pon, tetibe ada yang baling flare kat fans indon. Camtu ah lebih kurang citer dia

Phone pic
Ni pulak gambar time Malaysia dah menang 2-0, semua dah beransur balik. Ada yg stay kejap amik gambar terutama awek2 yang dtg stadium pehhhh. Ultras malaya still nyanyi lagi chant. SO itu sahaja dari saya. Thank you


No comments:

Post a Comment