Sunday, 25 April 2021

25DRACO Dinner (Leadership Assignment)

 Assalamualaikum dan selamat petang semua. Harini aku nak cerita tentang dinner kelas kiteorg yg kiteorg buat sempena meraikan dan berterima kasih kepada lecturer-lecturer kami yg telah berpenat lelah mengajar kami dr sem 1 hingga ke sem 4. Kami mengadakan dinner ni sbelum bulan Ramadan kerana kami fikir jika buat bulan Ramadan susah utk jalankan sbb berselisih dgn solat terawih lagi. So aku decide utk buat sebelum bulan Ramadan. 

Okey cerita dia bermula dengan aku pergi ke Student Affairs Department (SAFD) untuk mintak draft for proposal utk buat dinner kt Sri Tanjung, ALAM. Jadi aku pergi ke SAFD utk berjumpa Maam Ummu utk minta surat proposal. Sambil sambil tu aku pun bertanya maam, bolehkah dinner kami ini diluluskan oleh pihak management? Maam menjawab kebiasaannya pihak management akan luluskan saja jika ia demi tujuan yg betul. Alhamdulilah management pun luluskan dinner kiteorg.

Selepas aku mendapatkan contoh surat proposal, aku dan Affi terus pulang ke cabin utk terus membuat surat itu. Aku dan Affi yang decide utk smua benda berkenaan dinner itu. Contohnya menu, masa, quantity dan macam macam lagi. Usai membuat surat proposal, aku dan Affi terus membuat kad jemputan ke dinner utk semua lecturer kami contohnya yg paling penting class advisor kami, maam Hanim, maam Aeriyn, Capt Cheng, Capt Zul, sir Zaz dan ramai lagi la. Tapi kesilapan kami ialah kami buat dinner ini last minutes so lagi 2 hari dah dinner so kami betul betul tak bincang dgn mana mana lecturer tentang tarikh dinner ini dan satu lagi kami buat dinner ini pada weekend krn kami fikir weekend ramai lecturer yang free dan tk mengganggu sangat masa lecturer kalau weekend tapi kami silap nescaya ramai lecturer sibuk walaupun weekend seperti hal keluarga yg tk dapat dielakkan. Tapi kami paling berharap utk class advisor kami at least dapat datang mewakili smua lecturer lain tapi sayangnya maam Hanim tiba tiba ada urusan keluarga yg tk dpt dielakkan jugak. So kami hanya mampu teruskan sahaja dinner ini walaupun tanpa lecturer.









Pada petang hari kejadian, aku, Affi, Arif dan Ady pergi ke Sri Tanjung awal sedikit utk siapkan apa yg patut seperti pasang projecter, speaker, test PA system dan macam macam lagi. Kami pun ada menambah menu utk dinner kami yg kami order dr luar iaitu Pizza dan satay. So pada petang itu, pizza dan satay maybe sampai di gate ALAM lebih kurang jam 1900. Jadi aku dan Arif la yg pergi ambil pizza dan satay tu. Majlis dinner kami bermula jam 1930. 











Sebelum memulakan majlis kami, kami mulakan dengan ucapan beberapa orang dr kelas kami iaitu aku sndiri kerana sbg kelas Platoon Leader dan Fakhrul sbg emcee pada malam itu dan Arif dan Danial Chong selaku pembaca doa. Setelah ucapan selesai smua, kami pun tnpa membazir masa lagi terus memulakan acara menjamu selera krn masing masing sudah kelaparan. Sambil sambil menjamu selera, kami ada lakukan sedikit aktiviti yg mana setiap orang perlu melakukan persembahan di depan semua org dan nama dipilih secara random oleh computer. Semua enjoy ketika persembahan itu dan smua boleh dikatakan lawak ketika melakukakan persembahan itu.






Selesai melakukan persembahan semua, kami sambung menjamu selera lagi bagi yg ingin terus menjamu selera. Setelah smua selesai menjamu selera, tibalah sesi photography satu kelas sbg kenang kenangan di masa hadapan. Aku mengupah seorang photographer dr 39D iaitu Hamizan utk mengambil gambar kami smua. Hamizan sememangnya seorang yg pro dalam photographer ni dgn hasil gmbr yg cantik cantik. 























Selesai sesi mengambil gmbar, kami pun berkemas kemas la tmpt kami dinner tu sebelum pulang krn dpt arahan drpd staff galley utk pastikan sampah sarap smua diletakkan dalam plastik sampah dan smua pinggan dan cawan diletakkan dalam tray yang staff galley sediakan bg memudahkan diorg utk kemaskan tempat tu. Selepas selesai kami pun pulang ke cabin masing masing utk rehat pula. 


Akhir kata dari aku, terima kasih smua kerana telah membantu aku dalam menjayakan dinner ini dan memberi kerjasama yg cukup baik dalam menjayakan dinner ini. Kepada semua lecturer yg telah mengajar kami dr sem 1 hinnga ke sem 4, saya selaku PL kelas mewakili smua cadets 25D ingin berterima kasih yg tak terhingga kami ucapkan kerana telah mencurahkan segala ilmu kpd kami. Kami harap sir dan maam smua halalkan segala ilmu kpd kami. Kami juga ingin memohon maaf kpd sir dan maam smua jika kami ada membuat sir dan maam terasa hati atau marah disbbkan tingkah laku kami sprt datang lambat ke kelas atau tk siap assignment. Kami minta maaf sgt sgt kalau dalam tk sedar kami ada melukakan hati sir dan maam. Terima kasih sekali lagi kami ucapkan. Semoga kita bertemu lagi di masa depan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.




No comments:

Post a Comment