Tuesday, 19 May 2020

Hiking Gunung Datuk

source: DSLR farina
gamabar di puncak bersama kak Ani
Hi guys.. aku nk kongsi sikit tentang pengalaman mendaki di gunung datuk yg terletak di Rembau Nergeri Sembilan,. fyi  gunung datuk ni mempunyai ketinggian 884 meter dari paras laut. Biasanya tempoh pendakian mengabil masa 1 jam 30 min tapi bergantung juga pada stamina masing2. Klau pergerakan  cepat dan tak banyak berhenti makin cepat la sampai.


Sebenarnya plan nk pergi hiking ni dibuat last minute. Takde nya plan awal2 sbb biasanya benda yg kita plan lama2 ni memang susah nk jadi. hahahaha.. 2 hari sebelum kami pergi, aku tanya kawan2 aku, jika ada yg nk join aku pergi hiking kat gunung datuk.. Biasa la last minute so ramai yg tak dpt nk follow. Pendakian ni disertai oleh aku, adik aku( alisa), dan 4 org kawan sekolah (awi, yasmin, farina, anis). Kami semua bertolak dari Klang, dgn menaiki kereta Hyumdai Starex yg dipandu olehku pada pkl 6 pagi dan sampai di tempat pendakian pada pkl 7.30. Selepas semua sudah ready, kami terus menuju ke sebuah pondok ranger betul2 berada sebulum tempat permulaan hiking utk mengisi nama dan membayar permit berharga rm5 seorang.


Source: phone Alisa
Pada pkl 8 pagi kami memulakan pendakian ke puncak. Sebenarnya cuma aku dgn awi yg biasa mendaki. yg lain tu cuma nk try mendaki. so biasa la klau yg tak biasa ni memang lambat la sikit. tapi aku mmg tak kesah sbb style aku mmg nk santai2 je. Aku ngan awi paling belakang sbb kami follow diorang punya pergerakan..Bagi aku trek gunung datuk ni biasa je..klau baru yg nk try hiking pon sesuai. Pendakian ni memang bnyk berhenti berehat..hahahaha.. Paling banyk soalan yg aku dpt, " bila nk sampai ni" dan mcm biasa aku akan jwb dah nk sampai ni, walaupun sebenarnya tak..Semasa pendaki tu kami terserempak dgn kak ani yg masih bealajar di UKM.. Lama2 terasa mcm kenal lama je.. Pada pkl 9.40 kami tiba di puncak.. Lega rasanya bila sampai puncak.. pemandangan memang cantik dan sejuk sgt sbb angin memang kuat gilerr kat atas tu..


Selepas berehat dan bergambar kami memulakan perjalanan turun pada pkl 11.30.... mmg lama kat puncak tu.. biasalah perempuan klau dpt bergambar...hahahaha... nk turun pun ada juga kerenah yg nk kena layan.. tak larat nk bergerak la sbb kaki menggeletar katanya..aku ckp benda tu perkara biasa dan tak payah fikir pasal sakit tu .. mcm biasa la aku yg kena marah balik...hahahahaha.. turun ni  takde lama mcm naik.. cuma mengambil masa 1 jam 15 min... sampai je di bawah, kami bersihkan diri dan salin pakaian.. Pada pkl 1.30 kami memulakan perjalanan balik ke Klang... Sepanjang perjananan tu semua tertewas... Cuma aku je la yg drive sorang2 tanpa peneman..huhuhu..


ok guyss tu la serba sedikit pasal pengalaman aku.... tq......

source:phone sendiri

Source: phone sendiri

Source: Phone sendiri
permandangan di puncak

Source: Phone sendiri
Tangga ke puncak 

Source: Phone sendiri
Pemandangan di puncak

No comments:

Post a Comment