Saturday, 16 May 2020

Sira Nekbat

Assalamualaikum guys.
Okey utk hrini aku nk share cane nk buat sira utk nekbat. Utk korg2 yg tk thu ape tu nekbat, nekbat tu ialah kuih tradisional d negeri pntai timur spt Kelantan dan Terengganu. Kuih ni dia mcm kuih bahulu jugak cuma dia ada air gula atau sira dan dia bujur. Kuih ni rasa nya manis2 mcm tu haaa. Aku ni mmg kalah dgn kuih2 yg manis ni. Aku mmg favourite ahh hehe.
Okey mari kita mula. First kita siapkn bahan2 nk buat sira dia okey.
Bahan2 nk buat sira nekbat:
1. 500ml air masak
2. 10 sudu gula
3. 2 helai daun pandan
4. 5 biji bunga cengkih
5. 10 biji nekbat yg belum di masak.

Nekbat yg belum di masak tu boleh buat sndiri je tp aku ni malas aku beli kt kedai je yg dh siap hahaha. Biasa org jual nekbat yg belum masak tu 10 biji tu rm2-rm3 je. Murah jeee.

Okey mari masak.
Pertama, kita masukkan 500ml air masak dgn 10 sudu gula dlm satu periuk dan masak sehingga mendidih.
Sumber : Sendiri
Sumber : Sendiri

Kedua, selepas air mendidih, masukkan 2 helai dauh pandan, 5 biji bunga cengkih dan 10 biji nekbat tu.

Sumber : Sendiri
Sumber : Sendiri
Sumber : Sendiri

Ketiga, masak 6-7 minit dgn api kecil supaya air gula boleh serap dalam isi nekbat.
Keempat, slps 6-7 minit, tutup api dan biarkn nekbat sehingga sejuk dan sedia dimakan.

Sumber : Sendiri

Nampak kan, senang je nk buat sira nekbat ni. Ni la kuih yg slalu aku buat time bulan puasa ni. Kuih ni jd pembuka selera mmg mantap boss. Manis2 sblum hentam nasi kan hehe. Itu sahaja hrini thank you guyss. Selamat Mencubaa.

Sumber : Google Image

No comments:

Post a Comment