Thursday, 20 August 2020

BUKIT BATU PUTIH

 

      Bukit Batu Putih ni terletak di Tanjung Tuan Recreational Forest berhampiran dgn Port Dickson. Mempunyai ketinggian 285 meter di atas paras laut. Tempat ni memang terkenal dgn pemandangan yg cantik dan menarik. Tak pernah tak ada org pergi ke sini. Lagi satu tempat ni memang sesuai utk semua org. Klau tak pernah mendaki pun senang je nak naik ke puncak ni. Bagi aku Bukit batu putih ni tempat paling senang utk hiking. Tak sampai 45 min dah sampai ke puncak.

 

      Sebelum start naik ke puncak, kita kena membayar tiket masuk ke dalam di pondok pengawal sebnyak rm1 seorang. Lepas tu baru start pendakian. Basically, terdpt 2 jalan nk ke puncak. Satu, jalan yg biasa org lalu iaitu melalui jalan tar sehingga jumpa rumah api tanjung tuan. Sampai je ada tangga utk masuk ke dlm hutan. Lps tu ikut je laluan denai tu shingga sampai ke puncak. Trek ni tak mencabar langsung so jgn risau klau sapa yg tak pernh hiking tu. Jalan ni ambil masa lama sikit berbanding jalan yg lagi satu. Kat jalan ni akan rasa penat sikit sbb bnyk mendaki jalan tar..

 

      Utk jalan yg lagi satu ni lebih cepat dan kitorang panggil jalan shortcut. Jalan ni tak perlu lalu jalan tar. Dlm 50 meter dari tempat start akan ada denai di sebelah kanan utk msuk ke dalam hutan. Lps masuk ke denai tu, ikut je sampai jumpa pantai. Jalan ni mmg akan lalu di tepi pantai sehingga jumpa denai  utk naik ke puncak. Jgn risau, akan ada sign board yg menunjukkan jalan ke puncak. Lps tu akan terus sampai ke puncak.

 

     Masa aku pergi ke sini, aku dan kawan2 aku yg lelaki naik melalui jalan pertama sbb nk rasa mencabar sikit tapi kawan2 aku yg perempuan tak nak ikut dan diorang nak lalu jln shortcut. Masa aku sampai je di puncak, yg perempuan belum sampai lagi..hahahaha… tapi biasa la sbb diorang bkn jenis yg kaki hiking so mmg lambat la. Waktu turun, aku lalu jalan yg lagi satu. Disebabkan kami tau yg bdk2 perempuan ni akan lambat sampai, so kami lepak dulu di tepi pantai.. lps tu baru kami teruskan pergi ke pintu masuk.. lagi satu, jalan shortcut ni laluan dia sidikit curam tapi jgn risau sbb sepanjang jalan tu ada tali utk org gunakan sbgai bantuan. Ok itu saja utk kali ni…            

 

Pemandangan di puncak
Source: Phone

                 

Source: Phone

Source: Phone


Source: Phone

No comments:

Post a Comment