Thursday, 20 August 2020

rojak tonggek bagan



rojak tonggek adalah salah satu tarikan yang terletak di bagan atau dikenali sebagai butterworth.This is my favourite rojak of all time.Not just me,rojak tonggek juga adalah destinasi yang wajib dikunjungi oleh peminat peminat rojak di kawasan butterworth.Stall ni terletak betul betul dihadapan klinik kesihatan butterworth dan dibuka dari jam 2 petang hingga 7 petang.Kalau korang lalu tepi penang port tu pun dah nampak stall ni tepi jalan dengan banyak lagi kereta parking nak makan rojak ni.Memang sangat senang la nak cari . 

    
gerai ini menawarkan banyak pilihan buah buahan seperti nenas,pelam,tomato,jambu batu,jambu air dan macam macam lagi serta ada sayur sayuran,tauhu,telur puyuh dan bebola daging.Jangan risau,harga semua jenis pilihan hanya rm0.50 satu lidi.Kuah rojak free boss cicah la meleleh cemana pon.

            


        ada dua jenis kuah yang boleh kita cicah iaitu kuah rojak pedas dan kuah rojak manis.


            

      rojak akan sentiasa di refill okayyyyyyyy .

          
lepas makan jangan buang lidi tau sebab harga akan dikira based on lidi ha tu abah aku tengah kerut dahi dahtu lidi banyak sangat.3 jenis air juga disediakan jangan risau hanya rm0.50 secawan iaitu oren,cincau dan limau.Klau mintak teh ais ka apa memang takdak la....


so untuk sesiapa yang curious kenapa orang panggil kedai ni rojak tonggek.Sebab kedai ni takda kerusi so nak makan kena cicah kuah so nak avoid dari kena baju kuah tu kena tonggek la.Sapa nak tengok orang tonggek ramai ramai boleh la datang sini makannnnn



           


             


             

No comments:

Post a Comment