Sunday, 23 August 2020

Huahin, Thailand


Gambar selepas mendarat di Huahin Airport
Source: Phone

Thailand merupakan suatu destinasi yg org Malaysia akan pergi klau bercuti. Selalunya org yg pergi Thailand ni akan bercuti di Krabi, Phuket,, Pattaya, dan Hatyai.. Tapi berbeza utk aku dan family.. kitorang pergi bercuti di Hua Hin.. So aku nk cerita sikit tentang tempat2 yg aku pergi kat Hua Hin ni..

1.Hua Hin Night Market

     Klau kat Thailand ni aku rasa semua tempat terkenal dgn night market termasuk la di Hua Hin.. Hampir setiap malam aku pergi ke pasar malam ni sbb mcm2 ada jual kat sini. Ada makanan, pakaian, cenderamata, dan bnyak lagi.. Org yg dtg ke sini mmg ramai tapi tak sesak sbb ruang utk berjalan tu luas.

Hua Hin Night Market
Source: Google image
 

2.Praya Nakhon Cave

      Gua ni terletak di Khao Sam Roi National Park, Prachuap Khiri Khan. Di di dalam gua ni terdapat satu temple yg menjadi salah satu lambang di Thailand. Tak ramai yg akan pergi ke sini sbb nk pergi ke gua ni agak mencabar. Tapi bila dah sampai ke Gu ani mmg puas hati sbb pemandangan yg sgt cantik. Utk pergi ke Gua ni, mula2 kena naik boat dan mendaki bukit lebih kurang 30 minit utk sampai ke sana.

gambar sebelum naik ke gua
Source: Phone

 

Phraya nakhon Cave
Source: Google Image


3.Santorini Park

        Santorini Park merupakan taman hiburan yg mempunyai reka bentuk Greek’s Island. Terdapat mcm2 jenis permainan atau hiburan yg ada kat sini. Contohnya seperti rumah hantu, 40m height Ferris Wheel, 7D interactive game, wallholla climbing structure dan bnyak lagi. Di sini juga ada bermacam mcam2 shopping boutiques, cafes, convenience stores, souvenir shops dan bnyak lagi. So tempat ni mmg sesuai utk semua umur.

Gambar di Santorini Park
Source: Phone

 

4.The Venezia

        Venezia merupakan tempat utk orang ramai shopping pelbagai benda. Tempat sgt cantik utk bergambar. The Venezia di buat mengikut tema Venice dan anda akan Nampak replica Menara loceng San Marcos. Antara yg menarik di sini ialah anda boleh menaiki Venetian Gondolas melalui Grand Canal Sepanjang 200m yg merupakan iconic di Venice. Di sini juga mempunyai mini zoo. Tempat ni memang sgt terkenal dgn structure yg sgt menarik dan org ramai tak lepas peluang utk bergambar secukup cukupnya di sini.

gambar ketika menaiki Gondola
Source: Phone

 

5.Rajabhakti park

         Rajabhakti Park merupakan taman yg mempunyai 7 giant statue of the great kings dari Thailand. Statue ini diperbuat daripada gangsa oleh askar2 dan mula dibuka utk org ramai melihat pada September 2015. 7 raja tersebut ialah King Ramkhamhaeng (king of Sukhothai from 1279-1298), King Naresuan (King of Ayutthaya from 1950-1605), King Narai ( King of Ayutthaya  from 1656-1688), King Taksin (King of Thonburi from 1767-1782), King of yodfa Chulalok ( King of Siam from 1782-1809), King Mongkut (King of Siam from 1851-1868), dan King Chulalongkorn (King of Siam from 1868-1910). Tempat ni sgt bersih dan sentiasa terjaga.. 





7 Great kings' Statues
Source: Phone




Bergambar bersama Statue Raja Naresuan
Source: Phone

No comments:

Post a Comment