Sunday, 23 August 2020

First Holiday with my family after MCO




Source: Phone


      Hello guys.. Kali ni aku nk share sikit percutian pertama aku ngan family selepas kerajaan Malaysia mengumumkan larangan rentas negeri tamat. Selepas pengumuman tersebut, ramai rakyat Malaysia yg mula merancang utk pergi bercuti ke tempat2 yg biasa org Malaysia bercuti. Pada mulanya family aku ingin merancang utk pergi ke Pulau Langkawi tetapi dibatalkan kerana selepas 1 jam mengumuman oleh kerajaan, hotel2 di Langkawi menerima lebih 1000 tempahan hotel hotel. So family aku menukar termpat bercuti kerana kami menjangka yg akan ramai yg pergi bercuti di Langkawi. Aku dan keluarga akhirnya bercuti di Cameron highland. Di sini juga merupakan tempat yg famous utk org Malaysia bercuti.

Source: Phone

 

      Kami sekeluarga bertolak ke Cameron pada pkl 6 pagi selepas solat subuh. Kami berhenti sebentar di RnR Tapah utk sarapan. Kami terpaksa berhenti agak lama sbb adik aku mempunyai Test online pada masa tu.. So terpaksa la menunggu sehingga dia selesai baru kami meneruskan perjalanan sbb kami kami takut yg connection internet akan terganggu Ketika kereta bergerak. Seperti yg semua tau, Nk pergi ke Cameron Highland mempunya 2 jalan. Satu melalui tapah dan lagi satu melalui simpang pulai. Kami melalui jalan simpang pulai kerena jalan ni lebih relax berbanding melalaui jalan Tapah.

 

      Sampai je di atas kami terkejut kerana jalan sesak dgn byk kenderaan. Kami pilih hari Isnin sbb selalunya weekend sahaja yg akan sesak tetapi waktu tu tidak kira weekend atau weekdays, org akan ramai juga kerana semua parent mahu membawa anak2 bercuti sebelum sekolah bersambung. Kami Menyewa sebuah homestay di Taman sedia. Ada 3 tempat sahaja yg biasa org pergi di Cameron ni iaitu, Brinchang, Tanah Rata dan Taman Sedia.

Pemandangan Cameron Valley
Source: Phone

 

      Antara tempat yg kami pergi di sana ialah Bharat tea Camerom Valley. Tempat ni memang tempat yg wajib pergi jika pergi ke Cameron Highland sbb di sini mempunyai pemandangan ladang teh yg sgt cantik.. org ramai dibenarkan utk masuk ke ladang teh utk bergambar dgn byaran rm1 seorang. Di sini juga terdapat sebuah café utk org ramai relax2 menghayati pemandangan sambal minum teh asli daripada Cameron Highland. Selain itu, makanan yg wajib di rasa Ketika di sana ialah Scone. Scone ni dimakan dgn jem strawberi dan whipped cream. Siapa yg belum cuba, mesti kena try klau tak memang rugi sbb benda ni ada di Cameron sahaja.



cafe cameron valley
Source: Phone


Gambar Scone
Source: Phone



Petik Strawberry
Source: Phone

Strawberry Ice-Cream
Source: Phone


Gambar di depan homestay
Source: Phone

No comments:

Post a Comment